Power Bank Baju Zirah Iron Man Mark IV

Power Bank Baju Zirah Iron Man Mark IV

Diterbitkan pada July 25, 2014 oleh .

Iron Man 2 ialah filem yang paling lemah di dalam trilogi filem Iron Man. Plotnya hambar dengan watak antagonis yang langsung tidak menakutkan . Perkara yang paling diingati penonton dari filem ini ialah baju zirah Mark IV Tony Stark yang boleh berubah menjadi beg bimbit.

1cca_iron_man_fuel_cell

Baju zirah ini tidak wujud di dunia sebenar tetapi sebuah power bank yang menyerupainya boleh anda miliki sekarang. Ianya versi mini berskala 1:4 dan dilengkapi bateri sebesar 12 000 mAh. Ia dilengkapi dua port USB dengan kemampuan mengecas 5V pada 1 Amp dan sebuah lah mengecas 5V pada 2 Amp. Terdapat juga sistem lampu LED pada bahagian sisi bagi menunjukkan kadar simpanan bateri. bagi mengecas tablet.

Pada harga 99 Dollar sebuah, power bank ini mungkin agak mahal tetapi anda harus akui ianya kelihatan jauh lebih menarik dari kebanyakan power bank yang ada di pasaran sekarang. Kami berharap di masa hadapan akan wujud pula power bank dengan reaktor Arc sebenar.


TIPS & ULASAN