Oppo N1 Mini Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Oppo N1 Mini Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada July 25, 2014 oleh .

Seminggu lewat daripada jangkaan awal, hari ini pihak Oppo Malaysia telah mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo N1 Mini untuk pasaran tempatan. Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM1398.

Oppo N1 Mini

Oppo N1 Mini turut hadir dengan kamera yang boleh diputarkan – dan menggunakan kamera sama untuk rakaman selfie dan juga rakaman biasa.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.6GHz, memori sebanyak 2GB, ruangan storan 16GB, skrin bersaiz 5-inci, dan kamera boleh putar 13-megapixel.

Seperti pada N1 versi asal, pihak Oppo turut menawarkan fungsi gesture pada peranti ini, selain melengkapkannya dengan sistem operasi ColorOS berasaskan Android 4.3.

Buat masa pengenalan ini, ia hanya ditawarkan dilokasi utama sekitar Semenanjung Malaysia, dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN