Cari @ Amanz

IDC (International Data Corporation) sering hadir dengan beberapa kajian menarik, dan terkini mereka berkongsi kajian terbaru mereka mengatakan penggunaan data oleh pengguna peranti mudah-alih di Malaysia bakal mengatasi perkhidmatan panggilan suara menjelang tahun 2017 kelak.

IDC

Pada hari ini, pendapatan utama syarikat telekomunikasi masih bergantung kepada panggilan suara – dimana dikatakan sekitar 60% daripada pendapatan keseluruhan. Perkara ini dijangka akan berubah sekitar tiga tahun lagi. Jikalau dibandingkan, di negara seperti Korea Selatan dan Australia, penggunaan data adalah lebih tinggi berbanding panggilan suara – sekaligus menjadikan pendapatan utama syarikat telekomunikasi beralih fokus kepada data internet.

Perkara ini boleh dikatakan selari dengan pelbagai perkhidmatan berasaskan internet yang hadir ke pasaran – termasuk aplikasi permesejan yang menawarkan panggilan percuma. WhatsApp juga dilihat bakal memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi mereka yang dijangka akan memberikan impak besar untuk para pengguna serta syarikat telekomunikasi.

Disamping itu, bercakap mengenai perkembangan LTE, pihak IDC menyasarkan untuk pelanggan LTE di Malaysia meninggat daripada angka 265,000 pada tahun 2013 kepada lebih 7.6 juta pengguna menjelang tahun 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd