Google X Ingin Mengkaji Tubuh Manusia – Mengenal-Pasti Badan Yang Sihat

Google X Ingin Mengkaji Tubuh Manusia – Mengenal-Pasti Badan Yang Sihat

Diterbitkan pada July 27, 2014 oleh .

Google XGoogle mempunyai bahagian khas didalam syarikat mereka dinamakan Google X yang mana bertujuan untuk membangunkan beberapa projek yang sukar untuk direalisasikan. Sebelum ini mereka telah hadir dengan beberapa projek, termasuk kereta yang dipandu secara automatik, kanta lekap pintar, Google Glass, dan beberapa yang lain.

Terkini, Google X turut mengumumkan sebuah projek baru, dinamakan sebagai “Baseline Study” yang mana ingin memfokuskan kepada pembelajaran dan kajian mengenai tubuh badan manusia – dan mengenal-pasti tubuh yang sihat.

Untuk menjayakannya, pihak Google akan memulakan dengan mengumpulkan data dan informasi berkaitan genetik dan molekul daripada lebih kurang 175 orang. Ujian ini akan mengumpulkan data seperti darah, saliva dan sebagainya – dan digunakan untuk mengenal-pasti badan yang sihat dan perubahan pada badan seseorang.

Dengan pelbagai data ini, Google dilihat akan menggunakan kuasa perkomputeran dalam mengenal-pasti bentuk (pattern) yang sama untuk sesuatu perkara, dan memudahkan lagi pengenal-pastian apabila badan mengalami perubahan daripada keadaan sihat.

Google mengatakan melaluinya kelak, mereka inginkan supaya industri perubatan beralih daripada hanya menyediakan perubatan sahaja, mereka boleh mencegah sesuatu penyakit pada badan dengan mengenal-pasti perubahan lebih awal daripada kebiasaan.

Google turut menekankan yang mana pengumpulan data ini akan terhad untuk tujuan sains sahaja, dan tidak akan digunakan untuk perkara lain. Ia turut dikatakan yang mana perkara ini lebih kepada sumbangan kepada dunia sains, yang mana turut akan membuka kepada pelbagai idea menarik lain pada masa hadapan.


TIPS & ULASAN