Syarikat Disebalik WordPress Hadir Dengan Aplikasi Selfie Untuk Android

Syarikat Disebalik WordPress Hadir Dengan Aplikasi Selfie Untuk Android

Diterbitkan pada July 27, 2014 oleh .

SelfiesSelfie telah menjadi salah satu fenomena sejak setahun dua ini, dan terkini, pihak Automattic – iaitu syarikat disebalik platform WordPress bereksperimen dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai “Selfies”.

Selfies hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna merakamkan gambar selfie mereka, dan berkongsi dengan lain melalui aplikasi berkenaan.

Mengikut penerangan pada halaman aplikasi berkenaan, aplikasi ini dimulakan ketika pembangunan aplikasi untuk Gravatar, dan pihak pembangunnya mendapati aplikasi ini agak menarik dan kemudiannya menerbitkan ia kepada umum.

Melalui aplikasi ini, selain berkongsi gambar selfie, pengguna juga turut boleh membalas gambar-gambar selfie sedia ada dengan video ringkas ataupun gambar – sekaligus mengubah sesuatu perkongsian kepada bentuk penceritaan yang menarik. Pengguna turut boleh menambah beberapa kapsyen sebelum ia dikongsikan kepada umum.

Bagi para pengguna peranti Android, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi Selfies ini. Pihak Automattic mungkin menambah beberapa fungsi lain pada aplikasi ini termasuk fungsi filter dan beberapa yang lain.

Muat-Turun Selfies untuk Android


TIPS & ULASAN