Amanz x Raya – Menangi BlackBerry Z30 Dan Beberapa Hadiah Lain

Amanz x Raya – Menangi BlackBerry Z30 Dan Beberapa Hadiah Lain

Diterbitkan pada July 28, 2014 oleh .

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Analog & Digital untuk semua. Bersempena dengan hari perayaan ini, kami di Amanz bersama-sama dengan pihak BlackBerry Malaysia menyediakan sebuah lagi peranti BlackBerry Z30 untuk anda.

BlackBerry Z30 merupakan telefon pintar flagship daripada pihak BlackBerry, dijana menggunakan BlackBerry 10. Daripada penggunaan kami untuk peranti ini, boleh dikatakan pengurusan emelnya amat jauh lebih baik berbanding kebanyakkan platform lain hari ini. BlackBerry Hub juga turut menawarkan pengurusan akaun sosial seperti WhatsApp, Twitter, Facebook dan lain-lain.

BlackBerry Z30

Berbeza dengan giveaway sebelum ini, kali ini pemenang BlackBerry Z30 akan ditentukan secara rawak, disamping sebanyak 5 tukang komen pertama akan memenangi hadiah berupa sebuah buku daripada pihak PTS. Dua komen terakhir sebelum giveaway ini ditamatkan juga akan menerima sebuah hadiah misteri daripada pihak BlackBerry, disamping tiga lagi buku daripada pihak PTS akan ditawarkan kepada pemenang yang dipilih secara rawak.

Untuk memenanginya, anda hanya perlu meninggalkan sebarang komen berkaitan Raya, dan pemenang akan ditentukan berdasarkan pilihan rawak.

Giveaway ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 11 pagi (29 Julai).

Kemaskini: Pemenang adalah

  • Pemenang utama BlackBerry Z30: Man
  • 3 buku PTS secara rawak: Izzat, Hafiz, Ekey,
  • 5 komentar pertama- buku PTS: . (titik noktah), Aman (dibatalkan kerana Pengasas tidak boleh menyertai peraduan ini), Khalid Firdaus, 666, Mohd Faizal, Fitri.
  • 2 komentar terakhir- hadiah misteri BlackBerry: Amir Irfan, Penglipur Lara
  • Pemenang telah dihubungi melalui emel.


TIPS & ULASAN