Lenovo Memperlihatkan Prototaip Kaca Mata Pintar – Dikenali Lenovo C1

Lenovo Memperlihatkan Prototaip Kaca Mata Pintar – Dikenali Lenovo C1

Diterbitkan pada July 28, 2014 oleh .

Kaca mata pintar boleh dikatakan menjadi salah satu peranti boleh-pakai yang ingin diperkenalkan beberapa pengeluar, dan terkini, pihak Lenovo turut memperlihatkan sebuah prototaip kaca mata pintar mereka tersendiri yang dikenali sebagai Lenovo C1.

Lenovo C1

Maklumat penuh dan spesifikasi Lenovo C1 masih tidak menyeluruh buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan sepenuhnya oleh Lenovo ketika pelancarannya sekitar Oktober kelak. Melalui prototaip yang diperlihatkan, Lenovo C1 menyertakan kamera 5-megapixel, sokongan touchpad, ruangan storan 12GB, dan dilengkapi dengan sokongan pengecaman suara, kawalan gesture, selain menyertakan sebuah bahagian tambahan yang dipakai pada leher yang turut berfungsi sebagai bateri untuk peranti ini.

Lenovo C1

Untuk memperluaskan peranti boleh-pakai di China, pihak Lenovo juga turut hadir dengan sebuah program baru dinamakan NBD (New Bench) yang mana menawarkan bantuan dana, kajian, pengeluaran dan pelbagai perkara lain untuk rakan-rakan kerjasama lain. Buat masa ini, inisiatif program NBD ini lebih memfokuskan pasaran China sahaja.

Beberapa rakan kerjasama turut diumumkan untuk menjayakan NBD ini, dan salah satunya adalah pihak Vuzix yang hadir dengan kaca mata pintar mereka dikenali sebagai M100 yang menggunakan Android 4.0.4 dan dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1GHz.

Vuzix M100


TIPS & ULASAN