Lagi Gambar Sony Xperia Z3 Tertiris Ke Arena Web

Lagi Gambar Sony Xperia Z3 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

Dengan angka ketirisan untuk Xperia Z3 yang agak tinggi akhir-akhir ini, tidak mustahil untuk kita melihat peranti ini dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Terkini, gambar tertiris hadir daripada pihak @evleaks, termasuk beberapa spesifikasi yang akan dibawakan olehnya.

Sony Xperia Z3

Sony Xperia Z3

Menurut pihak @evleaks, Sony Xperia Z3 bakal menyertakan skrin bersaiz 5.15-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 805, serta memori sebanyak 3GB RAM. Seperti Xperia Z2, ia bakal turut dilengkapi dengan kamera belakang 20.7-megapixel, dan juga kamera hadapan 2.1-megapixel. Peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan Android 4.4.4 KitKat ketika pelancarannya.

Dari segi rekaan juga, peranti ini dilihat membawakan perubahan yang amat kecil jikalau dibandingkan dengan Xperia Z2 sebelum ini.

Mengikut pelbagai spekulasi, pihak Sony dijangka akan memperkenalkannya sekitar bulan September ini – sekaligus mengekalkan pengenalan peranti baru dalam tempoh enam bulan, seperti pernah dilakukan mereka pada tahun lepas.


TIPS & ULASAN