Tersilap Hantar Mesej Di WeChat? Kini Anda Boleh Memadamkannya

Tersilap Hantar Mesej Di WeChat? Kini Anda Boleh Memadamkannya

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan popular pada peranti mudah-alih, serta boleh dikatakan mempunyai angka pengguna yang tinggi dikalangan pengguna tempatan. Terkini, mereka menawarkan kemaskini untuk pengguna Android dan iOS, membawakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai – iaitu untuk menarik kembali mesej yang tersilap hantar.

WeChat Recall

Melalui fungsi yang dinamakan “Recall” ini, pengguna diberikan masa sehingga 2 minit untuk mesej tersebut ditarik-kembali. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu tap pada sesuatu mesej untuk seketika dan memilih pilihan “Recall”.

Disamping fungsi “Recall”, kemaskini baru ini turut membolehkan pengguna menambah tag seperti “keluarga”, “rakan sekolah”, dan lain-lain pada senarai kenalan mereka, sekaligus memudahkan pencarian di buku alamat.

Bagi para pengguna Android dan iOS, anda boleh memuat-turun dan mengemaskini WeChat anda hari ini, dan menggunakan fungsi-fungsi baru yang dibawakan bersama dengannya.

Muat-Turun WeChat untuk Android

Muat-Turun WeChat untuk iOS


TIPS & ULASAN