(Ura-Ura) Microsoft Surface Baru Bersaiz 10.6-inci Dijangka Hadir Sekitar Oktober

(Ura-Ura) Microsoft Surface Baru Bersaiz 10.6-inci Dijangka Hadir Sekitar Oktober

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

Microsoft pada tahun ini telah memperkenalkan Surface 2 untuk pasaran tempatan, selain turut hadir dengan Surface Pro 3 bersaiz sekitar 12-inci dengan paparan 2K. Kini, gergasi perkomputeran tersebut dilihat turut dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi Surface baru sekitar bulan Oktober kelak.

Surface 2

Surface baru ini dijangka akan bersaiz sekitar 10.6-inci, lebih kurang seperti Surface 2 – tetapi lebih ringan dan nipis. Mengikut beberapa laporan awal, pihak Microsoft dijangka akan membuat persediaan dari segi komponen dan sebagainya bermula bulan Ogos ini.

Sebelum ini, pada September tahun lepas, pihak Microsoft telah memperkenalkan Surface 2 – yang mana hanya hadir ke pasaran tempatan pada tahun ini. Berkemungkinan besar kita akan melihat kemaskini untuknya – yang mana mungkin menjalankan Windows RT berbanding Windows 8 penuh pada Surface Pro 3.

Apa pun, buat masa ini ia hanya sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang ini.


TIPS & ULASAN