(Konsep) Samsung Galaxy Note 4 Dengan Tubuh Seramik Dan Buluh

(Konsep) Samsung Galaxy Note 4 Dengan Tubuh Seramik Dan Buluh

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

Motorola Moto X menunjukkan bahawa bahan binaan tidak konvensional seperti kayu boleh digunakan pada telefon pintar. Bahan binaan eksotik membuatkan peranti kelihatan lebih istimewa dari bahan plastik yang biasanya digunakan. Samsung ialah syarikat yang kerap dihentam kerana berkeras menggunakan bahan plastik pada peranti premium mereka sedangkan pesaing menggunakan kaca tertempa yang lebih premium. Panel belakang Note 3 yang kelihatan seperti kulit itu sendiri sebenarnya palsu dan masih diperbuat daripada plastik. Agaknya apakah akan terjadi sekiranya Samsung melakukan perubahan mendadak pada rekaan Galaxy Note 4? Vishal Bhanushali menghasilkan konsep Galaxy Note 4 dengan rekaan panel belakang diperbuat daripada buluh dan bahan seramik. Adakah anda berminat dengan Galaxy Note 4 yang diperbuat daripada dua bahan ini? Secara peribadi kami rasakan ini adalah sedikit membazir kerana ramai pengguna Samsung gemar membeli casing yang akhirnya akan menutup panel belakang peranti mereka.

Note-4-concept-Vishal

Sumber Behance

 


TIPS & ULASAN