Cari @ Amanz

Hari Raya Aidilfitri masuk hari kedua dan hari ini juga merupakan hari jualan Xiaomi Redmi Note dan Redmi 1S. Selepas jualan dibuka pada jam 12 tengahari, kesemua 5000 unit kedua-dua peranti ini habis dijual dalam masa hanya 38 saat. Ini adalah jauh lebih pantas dari masa yang diambil untuk menjual Xiaomi Mi 3 dan power bank bulan Mei yang lalu. Siapa sangka jualan produk Xiaomi masih juga mendapat sambutan hangat di tengah – tengah perayaan seperti hari ini.  Jika anda berminat tetapi belum pasti mahu memiliki Redmi Note, sila baca ulasan peranti ini yang kami terbitkan beberapa hari yang lalu.

Pihak Xiaomi juga mengumumkan hari ini mereka akan membuka tempahan pra jualan untuk Mi 3 pada 31 haribulan Julai. Tempahan boleh dilakukan di Mi.com/my . Peranti yang dipesan akan dihantar kepada anda dalam masa 3 sehingga 4 minggu.

10525830_272665149604253_3273152160616767941_n

Sumber MIUI

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd