Facebook Buang Fungsi Chat Pada Aplikasi Utama – Pengguna Diperlukan Muat-Turun “Messenger”

Facebook Buang Fungsi Chat Pada Aplikasi Utama – Pengguna Diperlukan Muat-Turun “Messenger”

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

Nampaknya Facebook dalam fokus memudahkan pembangunan aplikasi mereka, kini mengalih-keluar akan sokongan chat, dan memerlukan pengguna memuat-turun aplikasi Facebook Messenger pada peranti mudah-alih mereka untuk kekal menghantar mesej chat kepada rakan-rakan mereka.

Perubahan ini telah dikatakan akan hadir sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini ia dilihat pengguna di beberapa buah negara telah mula melihat mesej berkaitan dengannya.

Facebook Messenger Chat

Perkara ini mungkin tidak begitu digemari pengguna, memandangkan mereka perlu memuat-turun aplikasi tambahan ke peranti mudah-alih mereka, berbanding sekarang yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej melalui aplikasi Facebook utama pada Android dan iOS.

Jadi, bagi anda yang aktif menggunakan fungsi Messenger pada Facebook, apakah komen anda berkaitan dengannya? Adakah anda tidak kisah untuk memuat-turun aplikasi tambahan?


TIPS & ULASAN