Amanz x Raya – Menangi Sony Xperia M2 Dan Kredit RM50 Daripada Maxis

Amanz x Raya – Menangi Sony Xperia M2 Dan Kredit RM50 Daripada Maxis

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Analog & Digital untuk semua. Bersempena dengan hari perayaan ini, kami di Amanz bersama-sama dengan pihak Maxis menyediakan Sony Xperia M2 untuk anda.

Xperia M2 merupakan peranti berspesifikasi pertengahan daripada Sony, dijana menggunakan cip empat-teras 1.2Ghz, skrin bersaiz 4.8-inci, dan kamera 8-megapixel. Pihak Maxis menyediakan beberapa pakej menarik untuknya dan pengguna boleh mendapatkannya pada harga lebih rendah melalui pakej yang disediakan. Untuk giveaway ini, pihak Maxis turut menawarkan kredit percuma RM50 Hotlink untuk pemenang bertuah.

maxis-ramadhan

Seperti giveaway sebelum ini, kali ini pemenang Xperia M2 akan ditentukan secara rawak, disamping sebanyak 5 tukang komen pertama akan memenangi hadiah berupa sebuah buku daripada pihak PTS. Dua komen terakhir sebelum giveaway ini ditamatkan juga akan menerima sebuah hadiah misteri.

Untuk memenanginya, anda hanya perlu meninggalkan sebarang komen berkaitan Raya, dan pemenang akan ditentukan berdasarkan pilihan rawak.

Giveaway ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 5 petang (30 Julai).

Layari : Halaman Xperia M2 di Maxis

 Kemaskini: Pemenang adalah

  • Pemenang Utama Sony Xperia M2 : Asraf
  • 5 komentar pertama: SS, Aidilnashriq, Aku, Ding, Arif,
  • 2 komentar terakhir: Craig Tan, Tengku Nazmi
  • Pemenang telah dihubungi melalui emel.


TIPS & ULASAN