Apple Mengemaskini MacBook Pro Retina Dengan Cip Pemprosesan Lebih Pantas

Apple Mengemaskini MacBook Pro Retina Dengan Cip Pemprosesan Lebih Pantas

Diterbitkan pada July 29, 2014 oleh .

Apple hari ini secara rasminya telah mengemaskini keluarga MacBook Pro Retina bersaiz 13-inci dan 15-inci dengan cip pemprosesan yang lebih pantas dan memori yang lebih banyak.

Dari segi rekaan, ia masih mengekalkan rekaan yang sama, dan melalui laman Apple Store Malaysia, ia dilihat stok untuk MacBook Pro Retina baru ini telah tersedia dan boleh dihantar dalam tempoh 24 jam dari pihak Apple.

Apple MacBook Pro Retina

Apple MacBook Pro Retina

Versi 13-inci paling asas hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i5 2.6Ghz, dan memori sebanyak 8GB RAM. Ia dijual pada harga RM4099. Sementara model asas untuk versi 15-inci hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 2.2Ghz dengan memori sebanyak 16GB RAM dan dijual pada harga RM6299.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan MacBook Pro Retina, mungkin boleh menyemak halaman rasmi Apple Store Malaysia hari ini. Selain MacBook Pro, beberapa ura-ura awal hadir mengatakan Apple mungkin turut memperkenalkan MacBook Air Retina bersama-sama pelancaran OS X Yosemite kelak.


TIPS & ULASAN