Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru, dan dalam jadual pelancaran mereka dalam masa terdekat ini adalah dua lagi telefon pintar berasaskan Windows Phone, termasuk salah satunya adalah memfokuskan kepada fungsi selfie.

Nokia Lumia 630 Malaysia

Fungsi selfie sedia telah menjadi fokus utama kebanyakkan pengeluar peranti di China, selain pihak Acer dan juga Sony yang masing-masing hadir dengan telefon pintar dengan sokongan LED Flash pada bahagian hadapan.

Peranti daripada Microsoft ini dikenali dengan nama kod “Superman” buat masa ini, dan ia dikatakan akan hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel dan skrin bersaiz 4.7-inci.

Satu lagi peranti baru yang bakal hadir daripada Microsoft adalah dikatakan sebagai pengganti Lumia 720 – dimana dikatakan sebagai peranti berspesifikasi tinggi pada harga rendah, dan dikenali dengan nama kod “Tesla”.

“Tesla” ini dikatakan akan menjadi salah satu telefon pintar Lumia yang menggunakan skongan PureView – sekaligus memperlihatkan pihak Microsoft tidak lagi mengehadkan fungsi PureView untuk peranti flagship sahaja.

Kedua-dua telefon pintar berasaskan Windows Phone ini dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi oleh Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd