Flickr Memperkenalkan Sokongan Perlesenan Gambar Untuk Tujuan Komersial

Flickr Memperkenalkan Sokongan Perlesenan Gambar Untuk Tujuan Komersial

Diterbitkan pada July 30, 2014 oleh .

Yahoo! dibawah Marissa Mayer nampaknya bereksperimen dengan pelbagai perkara, disamping turut memperkenalkan beberapa perkara baru. Terkini, mereka memperkenalkan sebuah fungsi baru pada Flickr, dinamakan sebagai Flickr Marketplace.

Flickr Marketplace dilihat ingin memudahkan pengguna untuk bekerjasama dengan beberapa agensi, termasuk memaparkan gambar rakaman mereka di laman-laman milik Yahoo!.

Flickr Marketplace

Untuk tujuan tersebut, pasukan kurator daripada Flickr akan mengenal-pasti gambar-gambar menarik yang boleh digunakan, dan menghubungi pemiliknya melalui Flickr Mail.

Perkara ini, sekaligus membolehkan mereka yang mempunyai akaun Flickr untuk menjana pendapatan tambahan melalui gambar-gambar mereka, disamping pada masa yang sama memperlihatkan hasil rakaman mereka kepada pengguna lain.

Bagi pengguna Flickr yang aktif, anda boleh mendaftarkan minat di Flickr Marketplace hari ini untuk menyertai program ini.


TIPS & ULASAN