Cari @ Amanz

BoltInstagram sedia mempunyai sokongan permesejan di aplikasi mereka dinamakan Instagram Direct. Namun, boleh dikatakan ia kurang popular di rantau ini. Selain daripada Instagram Direct, kini pihak Instagram yang kini dimiliki oleh Facebook dilihat mencuba nasib dalam arena permesejan lagi sekali melalui aplikasi yang dinamakan Bolt.

Untuk menggunakan Bolt, pengguna dilihat perlu mendaftar menggunakan nombor telefon – seperti WhatsApp dan WeChat, serta bukannya menggunakan akaun Facebook atau Instagram.

Sebaik sahaja anda mendaftar menggunakan nombor telefon, ia melihat kepada buku alamat untuk menambah rakan-rakan dan kenalan anda.

Mengikut apa yang diketahui, aplikasi Bolt ini memudahkan pengguna menghantar gambar dan video kepada kenalan mereka dengan pantas. Anda hanya perlu membuka aplikasi Bolt, merakamkan gambar dan tap pada gambar kenalan anda untuk menghantarnya. Gambar yang dihantar akan hilang sebaik sahaja ia dilihat oleh penerima.

Bolt

Bolt

Ia tidak diketahui lagi sama ada fungsi penghantaran gambar seperti ini akan menarik minat pengguna ataupun sebaliknya. Di Amerika Syarikat, aplikasi Snapchat boleh dikatakan agak popular dengan fungsi lebih kurang sama. Selain itu, pihak Facebook sendiri (pemilik Instagram) telah memperkenalkan aplikasi lebih kurang sama dinamakan Slingshot sebelum ini.

Sekaligus, ia menjadikan Bolt daripada Instagram ini mungkin kurang mendapat minat daripada pengguna. Pihak Instagram sendiri dilihat telah mencuba promosi awal pada aplikasi mereka – sekaligus memperlihatkan yang mana mereka mungkin menggunakan aplikasi Instagram sedia ada dalam mempromosikan aplikasi Bolt ini.

Aplikasi permesejan Bolt ini diperkenalkan secara berperingkat oleh pihak Instagram, dimana ia dimulakan dengan negara Singapura, Afrika Selatan dan juga New Zealand buat masa ini.

Bagi anda, adakah anda akan memuat-turun aplikasi Bolt ini sebaik sahaja ia ditawarkan kepada pasaran tempatan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd