Cari @ Amanz

Microsoft Hadir Dengan Alternatif Untuk Raspberry Pi – Memperkenalkan “Sharks Cove”

Oleh Aman

Link Copied!

Industri mini-PC makin menarik pada tahun ini, dimana selain daripada HummingBoard yang diperkenalkan baru-baru ini, kini pihak Microsoft sendiri hadir dengan sebuah versi mereka, dinamakan sebagai “Sharks Cove”.

Sharks Cove

Sharks Cove dilihat hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3735G 1.88GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan dan ruangan storan sebanyak 16GB. Ia turut dilengkapi dengan ruangan untuk sambungan HDMI, Card Reader, mikro-USB, serta dilengkapi dengan pelbagai sambunga pin.

Sharks Cove ini dilihat turut boleh menjalankan Windows 8.1 padanya, sekaligus memudahkan pembangunan pelbagai perkara melaluinya.

Namun, dari segi harga, ia boleh dikatakan lebih kurang lima kali ganda mahal berbanding dengan Raspberry Pi. Pihak Microsoft mengatakan yang mana harga tersebut turut meliputi untuk imej Windows 8.1 serta pelbagai aplikasi tambahan yang disediakan untuk memudahkan pembangunan melaluinya.

Buat masa ini, ia pra-tempahan untuknya telah dibuka melalui kedai atas-talian khusus untuknya pada harga $299. Pihak Microsoft turut menyediakan sebuah halaman khusus untuknya untuk rujukan pembangun di SharksCove.org.


Komen ()