EA Access Diperkenalkan Untuk Xbox One – Langganan Bulanan $5 Untuk Akses Permainan EA Di Xbox

EA Access Diperkenalkan Untuk Xbox One – Langganan Bulanan $5 Untuk Akses Permainan EA Di Xbox

Diterbitkan pada July 30, 2014 oleh .

Jenama EA boleh dikatakan sedia popular dikalangan para pemain permainan video, dan hari ini mereka memperkenalkan sebuah program baru untuk pengguna konsol Xbox One – dinamakan sebagai EA Access.

EA Access

EA Access ini hadir dengan langganan pilihan bulanan atau tahunan, dimana pengguna dikenakan caj langganan sebanyak $4.99 sebulan. Melaluinya, pengguna akan menerima akses kepada “The Vault” yang mempunyai beberapa permainan popular daripada EA. Untuk peringkat permulaan, mereka menyediakan permainan FIFA 14, Madden NFL 25, Peggle 2, dan juga Battlefield 4. Tajuk lain dijangka akan ditambah dari pada masa akan datang.

Disamping itu, pelanggan EA Access juga akan menerima diskaun sebanyak 10% untuk pembelian melalui Xbox Store, disamping mendapat akses untuk permainan baru lima hari lebih awal sebelum pelancarannya. Apa pun, untuk memainkan permainan baru ini selepas lima hari tersebut, pengguna akan perlu membelinya dan boleh meneruskan permainan tersebut daripada tahap permainan terakhir.

Perkhidmatan ini masih lagi dalam peringkat beta dan hanya khusus untuk pengguna Xbox One sahaja buat masa ini.

Xbox One masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dan tiada sebarang tarikh diberikan oleh Microsoft berkenaan pelancaran tempatannya. Paling terdekat, Singapura akan menerimanya pada bulan September ini.


TIPS & ULASAN