Cari @ Amanz

Samsung Malaysia telah menawarkan Galaxy Grand 2 di pasaran tempatan sejak bulan Mac lepas. Kini, mereka mengemaskini harga jualannya, dimana Galaxy Grand 2 membawakan tanda harga sebanyak RM999 – potongan harga sebanyak RM200 berbanding harga jualan asal.

Samsung Galaxy Grand 2

Bersama-sama kemaskini harga jualan ini, pihak Samsung Malaysia turut menambah warna tawaran emas, sekaligus membolehkan mereka yang mengemari warna tersebut untuk mendapatkan peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Grand 2 hadir dengan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1.5GB RAM, skrin bersaiz 5.25-inci, ruangan storan terbina sebanyak 8GB (dengan sokongan mikro-SD), kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel.

Peranti ini hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean dan dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini dari pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd