Cari @ Amanz

Selang sehari selepas memperkenalkan kemaskini Lumia CYAN untuk Lumia 1320, kini pihak Microsoft turut telah memperkenalkan kemaskini sama kepada para pengguna Lumia 1520.

Nokia Lumia 1520

Lumia 1520 merupakan satu lagi phablet daripada pihak Nokia yang mana hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik – terutamanya memfokuskan kepada rakaman video dan audio.

Melalui kemaskini Lumia CYAN ini, ia menambah panel notifikasi yang dinamakan Action Center, sokongan papan kekunci seumpama Swype yang dinamakan WordFlow, serta pelbagai kemaskini lain – termasuk beberapa penambah-baikkan pada aplikasi kamera.

Bagi pengguna peranti Lumia 1520, anda boleh memuat-turun kemaskini Lumia CYAN hari ini dengan ke bahagian Settings dan memilih Phone Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd