Xiaomi Memulakan Pra-Jualan Untuk Mi3 Esok – Tidak Lagi Perlu Berebut Untuk Mendapatkannya

Xiaomi Memulakan Pra-Jualan Untuk Mi3 Esok – Tidak Lagi Perlu Berebut Untuk Mendapatkannya

Diterbitkan pada July 30, 2014 oleh .

Setiap kali Xiaomi Malaysia memulakan jualan, peranti yang dijual mereka habis dijual dengan pantas – malah semalam ia telah habis dijual dalam masa lebih kurang 38 saat sahaja. Perkara ini mungkin membuatkan sesetengah pengguna yang sudah malas ingin untuk merebut dengan yang lain untuk mendapatkannya.

Xiaomi Mi 3

Kini, melalui laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia, mereka memulakan kaedah baru penawaran – iaitu dengan membuka pra-jualan terlebih dahulu kepada semua.

Melalui pra-jualan ini, pengguna boleh membuat tempahan dan melakukan pembayaran untuk Xiaomi Mi3 terlebih dahulu, dan peranti mereka akan dihantar dalam tempoh 3 ke 4 minggu.

Pra-jualan ini juga dilihat akan membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkannya, disamping pihak Xiaomi boleh menyasarkan berapa set yang perlu dikeluarkan oleh mereka bergantung kepada permintaan – apatah lagi dengan Mi4 yang telah diumumkan baru-baru ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi Mi3, anda mungkin boleh menyemak halaman rasmi Xiaomi Malaysia esok untuk mendapatkannya.


TIPS & ULASAN