HTC One E8 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi – Variasi Plastik M8 Dengan Kamera 13-MP
HTC

HTC One E8 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi – Variasi Plastik M8 Dengan Kamera 13-MP

Diterbitkan pada July 31, 2014 oleh .

HTC telah memperkenalkan HTC One E8 secara rasminya pada awal Jun yang lepas, dan kini ia dilihat peranti berkenaan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

HTC One E8

Bagi yang tidak mengenali HTC One E8, secara kasarnya ia merupakan variasi HTC One M8 dengan binaan berasaskan plastik daripada pihak HTC, disamping turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel menggantikan kamera Ultrapixel pada M8.

Dari segi spesifikasi, HTC One E8 turut hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz dan memori 2GB RAM, serta menjalankan Android 4.4 dengan antaramuka Sense 6.0. Maka, dari segi prestasi dan fungsi, ia bakal menawarkan apa yang ditawarkan oleh HTC One M8.

Harga dan tarikh jualannya tidak diketahui lagi. Namun, memandangkan pihak HTC telah memulakan promosi melalui laman sosial untuk peranti ini, maka mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan secara rasminya pada bulan Ogos ini.


TIPS & ULASAN