Cari @ Amanz

Google ChromeGoogle sebelum ini telah memperkenalkan Chrome 64-bit pada saluran Dev dan Canary. Kini, membawa ia setapak kehadapan, pihak Google telah melancarkannya dalam saluran beta, sekaligus memperlihatkan ia akan hadir pada versi stabil akan datang.

Melalui penggunaan perisian yang dioptimasikan untuk sistem 64-bit, ia sekaligus membolehkan pelayar web ini mengambil dan menggunakan beberapa kelebihan yang dibawakan oleh cip pemprosesan 64-bit, termasuk dari segi kelajuan, kestabilan dan juga keselamatan.

Bagi pengguna Windows 7 dan juga Windows 8 versi 64-bit, anda boleh mengemaskini pelayar web anda dan menggunakannya hari ini. Pihak Google mengatakan ia akan menggantikan versi sedia ada pada komputer anda, disamping mengekalkan semua tetapan dan data didalamnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd