HTC Menjadualkan Acara Pelancaran Pada 19 Ogos Di Amerika – Mungkinkah One W8 (Windows Phone)?
HTC

HTC Menjadualkan Acara Pelancaran Pada 19 Ogos Di Amerika – Mungkinkah One W8 (Windows Phone)?

Diterbitkan pada July 31, 2014 oleh .

Pelbagai desas-desus telah kedengaran mengenai HTC One versi Windows Phone sebelum ini, dan hari ini, syarikat pengeluar dari Taiwan tersebut dilihat telah mula menghantar emel jemputan kepada acara pelancaran yang dijadualkan pada 19 Ogos kelak di New York (20 Ogos waktu tempatan).

HTC One M8

Seperti biasa, jemputan daripada pihak HTC tidak memaparkan sebarang info berkaitan apakah yang mereka akan umumkan. Namun, melalui pelbagai spekulasi akhir-akhir ini, berkemungkinan besar ia merupakan telefon pintar berasaskan Windows Phone.

Mengikut desas-desus awal, HTC One W8 ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 2GB RAM, dan turut hadir dengan sokongan BoomSound – serta berkemungkinan HTC Duo Camera. Kemaskini Windows Phone akan datang juga dilihat akan menyertakan sokongan untuk kerangka luar – sekaligus membolehkan HTC Dot View Case digunakan pada peranti tersebut.

Apa pun, sama ada ia benar ataupun sebaliknya akan terjawab sepenuhnya pada 20 Ogos ini. Sama-sama kita nantikan apakah pihak HTC bakal umumkan kepada umum.


TIPS & ULASAN