Cari @ Amanz

Logitech pada hari ini telah mengumumkan peranti tetikus terbaru mereka, Logitech Hyperion Fury G402. Sepertimana yang kita tahu, siri G oleh Logitech memfokuskan kepada peranti khas untuk para pemain permainan komputer. Tetikus yang dikhususkan buat pemain permainan komputer ini dikatakan terpantas didunia oleh Logitech kerana sensornya mampu mengesan sehingga 500 IPS (inches per second) justeru mampu memberikan kepersisan dan kelajuan yang diinginkan oleh para pemain permainan komputer.

Bentuk Fizikal

Tetikus ini dilengkapi cip pemprosesan 32bit ARM yang bertujuan untuk membantu Fusion Engine dalam melakukan pengiraan pengesanan permukaan sewaktu menggunakan tetikus ini. Antara teknologi lain termasuklah Delta Zero yang sangat tepat. Dari segi fizikal, tapak Teflon pada tetikus ini tampak besar dan memenuhi segala ruang. Tetikus ini tidak berat namun buat pemain yang sukakan tetikus yang berat dan boleh diubahsuai keberatannya, tetikus ini tidak mempunyai kebolehan untuk menukar beratnya.

[amanz-gallery]

Tetikus ini mempunyai lapan butang yang boleh diprogramkan apabila menggunakan perisian Logitech Gaming Software yang hanya terdapat pada platform Windows 8, 7 dan Vista. Pada ruang cengkam ibu jari sebelah kiri terdapat 4 butang dan satu butang untuk mengubah kepekaan sensor DPI diantara 250DPI sehingga 4000DPI . Bentunya agak ergonomik dan terdapat lampu biru ‘G’ yang akan menyala sewaktu anda memainkannya. Ia menggunakan kabel USB dan kadar penghantaran datanya selaju 1milisaat.

Tetikus ini hadir dengan jaminan selama 2 tahun pada harga USD 59.99 dan akan mula dijual bulan ini. Kami masih tidak berkesempatan untuk mencuba tetikus ini yang juga dikatakan bakal memenuhi kehendak penggemar permainan perseorangan genre First Person Shooter. Kami akan kongsikan mengenai ulasan penuh peranti ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd