Aplikasi Pengecaman Lagu – Shazam Hadir Untuk Pengguna Mac OS X

Aplikasi Pengecaman Lagu – Shazam Hadir Untuk Pengguna Mac OS X

Diterbitkan pada July 31, 2014 oleh .

Shazam sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna Windows 8, dan hari ini terus memperluaskan penawaran mereka, dan menerbitkan aplikasi Shazam untuk OS X secara rasminya di Mac App Store.

Shazam Mac OS X

Aplikasi Shazam ini ditawarkan secara percuma, dan pengguna memerlukan OS X 10.9 atau yang terkini untuk menggunakannya.

Seperti pada platform lain, ia membolehkan pengguna mengenal-pasti lagu-lagu yang dimainkan dengan mudah. Pada Mac OS X, aplikasi ini terletak pada Menu Bar, dan ia akan memaparkan notifikasi apabila ia mengenal pasti sesuatu lagu yang sedang diperdengarkan. Pengguna turut boleh mengakses dan membeli sesuatu lagu itu terus pada iTunes apabila klik pada sesuatu lagu itu.

Bagi anda yang menggunakan OS X, anda boleh memuat-turun aplikasi Shazam ini dari Mac App Store hari ini secara percuma.

Muat-Turun Shazam untuk Mac OS X


TIPS & ULASAN