Kini Anda Turut Boleh Menyumbang Kepada Wikipedia Dalam Bentuk Bitcoin

Kini Anda Turut Boleh Menyumbang Kepada Wikipedia Dalam Bentuk Bitcoin

Diterbitkan pada July 31, 2014 oleh .

WikipediaBeberapa bulan yang lalu pengasas Wikipedia Jimmy Wales pernah menyatakan bahawa pada masa hadapan Wikipedia mungkin akan menyertakan sokongan Bitcoin sebagai salah satu kaedah untuk menghulurkan sumbangan. Kini, bermula hari ini, pihak Wikipedia secara rasminya mula menerima sumbangan daripada pengguna dalam bentuk Bitcoin.

Melalui pengumuman Wikimedia Foundation, Wikipedia kini menyokong lebih 14 kaedah pembayaran, dan salah satunya adalah Bitcoin. Untuk memudahkan sumbangan dalam bentuk Bitcoin ini, pihak Wikimedia Foundation bekerjasama dengan Coinbase, iaitu salah satu laman pertukaran Bitcoin kepada matawang USD.

Wikimedia Foundation turut mengatakan yang mana mereka tidak bercadang untuk menyimpan matawang dalam bentuk Bitcoin, tetapi sebaik sahaja mereka menerima sumbangan dalam bentuk Bitcoin, ia akan serta-merta ditukar kepada matawang USD untuk mengelakkan nilai bitcoin menjadi susut disebabkan oleh kemeruapan nilainya yang agak jelas dari semasa ke semasa.

Jadi, bagi anda yang mempunyai Bitcoin, mungkin turut boleh menyumbang kepada pembangunan laman ensiklopedia terkemuka ini, sekaligus memudahkan lagi pihak Wikimedia Foundation dalam terus memperkembangkannya.


TIPS & ULASAN