BBM Beta Untuk Windows Phone Sedia Dimuat-Turun Semua

BBM Beta Untuk Windows Phone Sedia Dimuat-Turun Semua

Diterbitkan pada July 31, 2014 oleh .

BlackBerry telah memulakan ujian beta tertutup untuk aplikasi BBM di Windows Phone sejak seminggu lepas, dan hari ini mereka membukanya kepada umum, membolehkan sesiapa yang menggunakan BlackBerry untuk memuat-turun dan mencubanya.

BBM merupakan aplikasi permesejan popular yang khusus untuk BlackBerry pada beberapa tahun lepas. Pada 2013, Blackberry telah membukanya untuk Android dan iOS, dan kini ia turut dibawa ke platform Windows Phone.

BBM Windows Phone

Pada Windows Phone, ia hadir dengan antaramuka mesra Windows Phone, dan untuk versi beta ini, ia membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, video, serta menggunakan BBM Groups.

Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone, anda boleh memuat-turun dan menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan anda lain di BBM.

Muat-Turun BBM Beta untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN