Xiaomi Kini Pengeluar Telefon Pintar Nombor Lima Terbesar – Android Meliputi 85% Telefon

Xiaomi Kini Pengeluar Telefon Pintar Nombor Lima Terbesar – Android Meliputi 85% Telefon

Diterbitkan pada July 31, 2014 oleh .

Nama Xiaomi agak popular pada tahun ini, apatah lagi dengan kemasukkan mereka ke pasaran tempatan secara rasminya. Kini, melalui statistik terkini untuk suku kedua 2014 yang dikeluarkan hari ini, ia dilihat Xiaomi menduduki tangga ke lima dalam senarai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Pasaran Telefon Pintar

Xiaomi boleh dikatakan menjadi popular kerana menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi – menyerupai beberapa pengeluar lain dan menawarkannya pada harga rendah. Xiaomi boleh menawarkannya pada harga rendah disebabkan mereka tidak mengeluarkan sebarang kos pemasaran, disamping tidak mempunyai pengedar dan penjual – sebaliknya mereka menjual terus ke pelanggan melalui laman Mi.com.

Perkara ini sekaligus menjadikan Xiaomi mempunyai lebih kurang 5% pegangan pasaran untuk suku kedua 2014.

Mendahului Xiaomi adalah dua lagi pengeluar dari China, iaitu Huawei dan Lenovo, disamping Samsung mengekalkan tempat pertama, dan Apple di tangga kedua.

Secara keseluruhan, Android dilihat memegang pasaran sebanyak 85% untuk telefon pintar yang dipasarkan pada suku tahun lepas.

Platform Mudah-Alih


TIPS & ULASAN