Laman Google Docs, Sheets, Dan Slides Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Material Design

Laman Google Docs, Sheets, Dan Slides Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Material Design

Diterbitkan pada Ogos 1, 2014 oleh .

Google pada I/O yang lepas telah memperkenalkan rekabentuk Material Design, dan kini mereka turut mengimplementasikannya pada perkhidmatan Google Docs, Google Sheets dan juga Google Slides.

Google Docs

Kini, apabila pengguna melayari laman individu untuknya, anda akan dipaparkan dengan rekaan Material Design yang disesuaikan untuk pelbagai jenis saiz skrin. Rekabentuk baru ini juga turut memfokuskan kepada paparan dokumen terus pada akaun anda, sekaligus memudahkan anda membuat carian dan memulakan proses penyuntingan anda.

Daripada penggunaan ringkas kami untuk paparan baru ini, ia dilihat lebih mudah digunakan berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Google Docs, Sheets, dan Slides, mungkin boleh menyemaknya dan berkongsi pandangan anda berkenaan rekabentuk antaramuka baru ini.

Layari : Google Docs, Google Sheets, Google Slides


TIPS & ULASAN