Cari @ Amanz

Amazon Appstore merupakan salah satu kedai aplikasi untuk Android, dan hadir dengan beberapa kelebihannya tersendiri. Kini, selepas mengumumkan kerjasama dengan pihak BlackBerry, hari ini pihak Amazon secara rasminya memperkenalkan Amazon Appstore untuk pengguna di Malaysia.

Amazon Appstore

Amazon Appstore menawarkan pelbagai jenis aplikasi daripada penerbit terkemuka – termasuk berbentuk permainan dan juga buku digital. Dengan pengenalan sokongan untuk Malaysia, kini pengguna boleh mendapatkan kandungan daripadanya, dan memuat-turunnya dengan mudah.

Disamping itu, salah satu kelebihan Amazon Appstore adalah penawaran satu aplikasi berbayar secara percuma setiap hari. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna memuat-turun sesuatu aplikasi berbayar dengan percuma dan menggunakan segala fungsi yang ditawarkan. Pihak Amazon juga sering hadir dengan penawaran beberapa aplikasi menarik bersempena sesuatu perayaan.

Bagi pengguna Android, anda boleh memasang Amazon Appstore pada peranti anda, dan turut menggunakannya bersama-sama Google Play Store tanpa sebarang masalah.

Untuk memasangnya, anda perlu memuat-turun fail APK daripada laman rasmi Amazon Appstore, dan memasangnya. Sebelum dapat menggunakannya, pengguna perlulah mendaftar akaun Amazon terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd