Flappy Bird Kembali Dengan Sokongan Multiplayer – Khusus Untuk Peranti Amazon Buat Masa Ini

Flappy Bird Kembali Dengan Sokongan Multiplayer – Khusus Untuk Peranti Amazon Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Ogos 2, 2014 oleh .

Permainan popular, Flappy Birds sebelum ini telah disebabkan ramai terlalu ketagih memainkannya. Kini, selang beberapa bulan, permainan baru untuknya yang dikemaskini diterbitkan kembali kepada umum.

Flappy Birds Family

Flappy Birds Family

Berbeza dengan sebelumnya, buat masa ini permainan ini hanya diterbitkan di Amazon AppStore sahaja, selain kini ia dinamakan sebagai Flappy Birds Family. Percubaan kami untuk memasangnya pada peranti kami gagal – dan dilihat seperti eksklusif untuk peranti Amazon sahaja buat masa ini.

Melalui paparan skrin yang dikongsikan di penerbitan Amazon AppStore, Flappy Birds Family ini dilihat membawakan beberapa watak baru untuk dimainkan, selain turut menyertakan sokongan multiplayer untuk pemain memainkannya bersama-sama rakan-rakan mereka yang lain.

Beberapa halangan baru turut disertakan, termasuk berbentuk hantu dalam menjadikan permainan ini lebih menarik berbanding sebelumnya, disamping pada masa yang sama menjadikan ia kurang ketagih.

Buat masa ini, ia hanya diterbitkan di Amazon AppStore sahaja, dan ia tidak diketahui lagi bilakah permainan ini akan diterbitkan pada kedai aplikasi lain.

Flappy Bird di Amazon AppStore


TIPS & ULASAN