XBMC Dijenamakan Semula Kepada Nama “Kodi”

XBMC Dijenamakan Semula Kepada Nama “Kodi”

Diterbitkan pada Ogos 2, 2014 oleh .

XBMC telah dimulakan sejak tahun 2002 yang lepas, dimana pada mulanya ia dikenali dengan nama projek Xbox Media Player. Selang dua tahun selepasnya, selepas ia membawa fungsi melebihi pemain media, pasukan pembangunnya telah menjenamakan semula ia kepada Xbox Media Center, dan pada 2008, mereka mengambil nama singkatan XBMC bersempena dengannya.

Kodi

Apa pun, selepas penjenamaan tersebut, sokongan untuk Xbox ditamatkan, selain ia kini ditawarkan pada pelbagai platform lain termasuk di Windows, Linux, Android dan sebagainya. Perkara ini membuatkan penjenamaan XBMC seperti kurang relevan untuk perisian tersebut.

Untuk menyelesaikannya, kini pasukan pembangunnya menjenamakan semula perisian tersebut kepada Kodi – bermula daripada versi 14 ini.

Walaupun berubah dari segi nama, fungsi dan konsepnya akan kekal sama, dimana ia akan kekal dilesenkan pada GPL 2.0, disamping pengguna hanya akan melihat perubahan yang amat kecil pada perisian tersebut.

Jadi, bagi anda, apa kata anda dengan nama baru ini?


TIPS & ULASAN