Facebook Ingin Menawarkan Kemaskini Untuk Aplikasi iOS Setiap Empat Minggu Sekali

Facebook Ingin Menawarkan Kemaskini Untuk Aplikasi iOS Setiap Empat Minggu Sekali

Diterbitkan pada Ogos 2, 2014 oleh .

Dalam usaha menawarkan pelbagai fungsi baru dengan lebih pantas, hari ini pihak Facebook dilihat berkongsi perancangan mereka, memperlihatkan akan mengemaskini aplikasi iOS mereka setiap empat-minggu sekali.

Perkara tersebut dikongsikan pihak Facebook melalui changelog untuk aplikasi Facebook untuk iOS yang diterbitkan hari ini. Seperti semua sedia maklum, kini lebih ramai pengguna mula mengakses perkhidmatan tersebut menggunakan peranti mudah-alih, dan pihak Facebook dilihat ingin menawarkan lebih banyak pembaharuan dan fungsi baru kepada pengguna aplikasi mudah-alih mereka.

Pada masa yang sama, pihak Facebook turut menekankan yang mana pengguna boleh menjadikan kemaskini ini lebih automatik, dengan ke halaman Settings > Itunes & App Store > Automatic Download, dan mengaktifkan Updates.

Sebelum ini, pihak Facebook telah hadir dengan beberapa aplikasi baru seperti Slingshot, Mentions dan sebagainya, selain turut memulakan pengasingan aplikasi Messenger dan Facebook rasmi.

Muat-Turun Facebook untuk iOS


TIPS & ULASAN