EVLeaks Mengumumkan Persaraan – Tiada Lagi Info Tertiris Darinya Selepas Ini

EVLeaks Mengumumkan Persaraan – Tiada Lagi Info Tertiris Darinya Selepas Ini

Diterbitkan pada Ogos 4, 2014 oleh .

EvleaksBagi anda yang mengikuti pelbagai perkembangan telefon pintar, tablet dan pelbagai peranti mudah-alih yang lain, mungkin nama @evleaks bukan sesuatu yang asing. Beliau terkenal kerana sering menerbitkan sesuatu info atau gambar jauh sebelum sesuatu peranti diperkenalkan secara rasmi.

Evan Blass yang beroperasi di sebalik @evleaks itu pernah menulis dibeberapa laman popular, termasuk di Engadget. Apa pun, kini beliau telah mengumumkan persaraan, dan tidak lagi akan berkongsi sebarang info dan gambar berkaitan peranti baru melalui akaun Twitter tersebut.

Sebelum ini, @evleaks pernah berkongsi beberapa gambar peranti sebelum ia dilancarkan secara rasminya, termasuk HTC One M8, beberapa peranti Samsung, Sony Xperia Tablet Z2, dan pelbagai peranti yang lain.

Walaupun @evleaks telah bersara, namun tidak mustahil untuk kita melihat gambar dan info berkaitan peranti baru tertiris daripada beberapa pihak lain dari masa ke masa.


TIPS & ULASAN