Cari @ Amanz

Microsoft pada minggu lepas telah mengumumkan sokongan Live Folder yang akan hadir melalui Windows Phone 8.1 Update. Kini, dua video baru hadir ke arena internet, memperlihatkan bagaimanakah fungsi tersebut akan berfungsi.

Seperti mana yang dikongsikan oleh pihak Microsoft sebelum ini, untuk membuat sesuatu Live Folder, pengguna hanya perlu tap Live Tiles pada Start Screen untuk seketika, dan seterusnya drag ia ke atas sebuah lagi Live Tiles yang ingin dimasukkan dalam folder yang sama.

Untuk mengakses aplikasi dalam folder pula, pengguna hanya perlu tap pada sesuatu folder, dan ia akan membuka folder berkenaan dan pada masa yang sama menggelapkan bahagian belakangnya – lebih kurang seperti mana fungsi tersebut berfungsi pada Android dan iOS.

Fungsi ini akan hadir dengan beberapa fungsi lain melalui kemaskini Windows Phone 8.1 Update 1 kelak. Pembangun boleh mengaksesnya bermula minggu ini, dan ia dijangka akan ditawarkan kepada pengguna umum dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd