Permainan BioShock Bakal Hadir Ke Peranti iOS

Diterbitkan pada Ogos 4, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bercakap mengenai permainan, BioShock merupakan salah satu permainan popular. Kini, penerbitnya melalui Twitter mengumumkan yang mana permainan BioShock asal akan hadir ke peranti iOS tidak lama lagi.

BioShock merupakan salah satu permainan berbentuk tembak-menembak, dimana pemain memegang watak Jack dan perlu melalui pelbagai aksi tembak-menembak dalam meneruskan misis dan menyelamatkan diri daripada musuh.

BioShock

Pihak pembangunnya masih tidak berkongsi mengenai bilakah tarikh pelancarannya, dan apakah harga jualannya kelak. Apa yang diketahui buat masa ini adalah dimana ia akan membawakan permainan penuh BioShoc versi asal, disamping menyertakan sokongan alat-kawalan Bluetooth untuk memudahkan pemain memainkannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami