Carian
Samsung Galaxy Alpha Dijangka Diumumkan Pada Bulan Ini – Hadir Dengan Binaan Berasaskan Logam
August 5, 2014 Aman

Samsung sedia terkenal dengan bahan binaan berasaskan plastik untuk peranti mereka, dan dalam usaha untuk beralih daripadanya mereka dilihat sedang menyiapkan sebuah peranti baru dengan bingkai berasaskan logam, dikenali sebagai Samsung Galaxy Alpha.

Samsung Galaxy Alpha ini dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 4.8-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Exynos 5433, memori sebanyak 2GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel.

Samsung Galaxy Alpha

Samsung Galaxy Alpha

Mengikut spekulasi awal, telefon pintar ini dikatakan akan turut menyertakan beberapa fungsi khusus popular daripada Samsung, termasuk sokongan pengimbas cap-jari, dan juga sensor degupan jantung padanya.

Memandangkan ia menggunakan nama Galaxy, maka peranti ini akan hadir dengan sistem operasi berasaskan Android, selain turut dilengkapi dengan antaramuka Touchwiz.

Daripada gambar-gambar yang tertiris ini, ia dilihat menggunakan bingkai berasaskan kepada logam, selain turut mengekalkan beberapa elemen rekaan daripada Samsung. Samsung dijangka mengumumkannya pada bulan ini, berkemungkinan sekitar 18 Ogos ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan Galaxy Alpha ini?

Komen