Windows Phone 8.1 Update 1 Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Developer Preview

Windows Phone 8.1 Update 1 Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Developer Preview

Diterbitkan pada Ogos 5, 2014 oleh .

Pada minggu lepas, pihak Microsoft sedia memperlihatkan apakah yang bakal dibawa oleh kemaskini Windows Phone 8.1 Update 1 dan dijangka akan diedarkan bermula minggu ini. Seperti yang dinanti-nantikan, kemaskini Windows Phone 8.1 Update 1 sedia dimuat-turun untuk pengguna Developer Preview.

Beberapa pembaharuan kecil telah hadir bersama kemaskini Update 1 antaranya kehadiran Live Folder, salah satu fungsi yang ditunggu-tunggu oleh pengguna. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan hanya membuat ‘drag-and-drop’ tile aplikasi ke atas tile aplikasi lain dan sebuah folder akan terhasil dengan serta merta.

Windows Phone 8.1 Update 1

Beberapa pembaharuan lain turut dibawa Update 1 adalah sokongan pengurusan SMS yang membolehkan pengguna ‘mark’ beberapa mesej untuk dipadam atau forward kepada pengguna lain. Selain pengurusan SMS, kemaskini Update 1 turut membawakan fungsi Apps Corner yang direka untuk perusahaan. Fungsi ini membolehkan pengguna menetapkan apakah aplikasi yang boleh diakses, selain boleh boot terus ke sesuatu aplikasi khusus apabila memulakan peranti.

Windows Phone 8.1 Update 1 turut membawakan penambahbaikan pada fungsi Cortana yang kini menyokong beberapa buah negara baru seperti United Kingdom dan China. Selain penambahbaikan Cortana, tile aplikasi Store dan Xbox Music kini menyokong fungsi Live Tile selain kehadiran fungsi Internet Sharing melalui sambungan Bluetooth.

Bagi anda yang telah mendaftar program Developer Preview, anda boleh menyemak kemaskini Windows Phone 8.1 Update 1 melalui Settings > Phone Update. Bagi pengguna Windows Phone 8 yang sedia ada, kemaskini ini dijangka akan diedar secara berperingkat dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN