Halaman Facebook IDF Dihalang Akses Untuk Pengguna Malaysia

Halaman Facebook IDF Dihalang Akses Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 5, 2014 oleh .

Dengan serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza, ramai rakyat tempatan yang menyatakan bantahan, dan salah satu platform yang digunakan adalah dengan meninggalkan komen di laman Facebook Israel Defense Forces (IDF).

Apa pun, ia dilihat kini pihak IDF telah menghalang akses pengguna tempatan untuk melawati laman berkenaan di Facebook, sekaligus tidak lagi membolehkan pengguna tempatan mengaksesnya, meninggalkan komen dan sebagainya.

Untuk makluman, pihak Facebook menyediakan sebuah fungsi untuk pentadbir halaman Facebook untuk menghalang akses pengguna dari sesuatu negara. Pihak IDF dilihat menggunakan fungsi tersebut dalam menghalang akses untuk pengguna Malaysia daripada melayari laman berkenaan.

Seperti biasa, masih terdapat beberapa alternatif lain yang boleh digunakan untuk melayari laman berkenaan, dan salah satunya adalah dengan menggunakan fungsi VPN.


TIPS & ULASAN