Pulau Pinang Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Basikal

Pulau Pinang Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Basikal

Diterbitkan pada Ogos 5, 2014 oleh .

Penang Bike ShareDibeberapa buah negara, konsep perkongsian basikal telah pun sedia popular, dan kini ia dilihat Pulau Pinang akan mengimplementasikan program yang lebih kurang sama dalam mengurangkan kesesakkan lalu-lintas, disamping membawa sistem pengangkutan baru di negeri tersebut.

Melalui program tersebut, pengguna boleh menyewa basikal dan memandunya di beberapa lokasi utama sekitar Pulau Pinang, dan meninggalkannya di stesen-stesen yang dikhususkan. Pengguna boleh membuat pembayaran untuk penyewaan menggunakan aplikasi mudah-alih untuknya, selain daripada menggunakan kad kredit dan kad prabayar khusus untuknya.

Program ini dijangka akan dimulakan di Pulau Pinang pada bulan Mei 2015, dan akan diimpelementasikan sepenuhnya menjelang tahun 2017 kelak. Secara keseluruhan, lebih kurang 25 stesen dijangka disediakan, dengan lebih kurang 500 basikal sedia untuk disewa pengguna dan pelancong di Pulau Pinang.

Layari : Laman Penang Bike Share


TIPS & ULASAN