Chrome 64-bit Untuk OS X Kini Ditawarkan Melalui Saluran Pembangun

Diterbitkan pada Ogos 6, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Chrome LogoGoogle sebelum ini telah memperkenalkan pelayar web versi 64-bit untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8 dalam bentuk beta. Menariknya, pihak Google tidak melupakan pengguna sistem operasi OS X, dan hari ini menerbitkan versi 64-bit untuk OS X dalam saluran Dev dan Canary.

Seperti versi untuk Windows, melalui versi 64-bit untuk OS X ini, ia dijangka akan menawarkan prestasi pemprosesan yang lebih baik, disamping menawarkan sekuriti dan mengambil kelebihan yang ditawarkan oleh pemprosesan 64-bit sepenuhnya.

Bagi anda yang menggunakan OS X dan menjalankan sistem 64-bit, anda boleh memuat-turun pelayar web Chrome dari saluran Dev dan Canary hari ini, dan menggunakannya dalam pelayaran web anda. Ia dijangka akan ke saluran beta dalam masa enam minggu lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami