Cari @ Amanz

Dalam pelbagai permainan aksi, salah satu yang popular adalah siri permainan Assassin’s Creed daripada pihak Ubisoft. Hari ini, mereka dilihat telah mengumumkan salah satu permainan baru dalam siri tersebut yang akan hadir pada tahun ini, iaitu Assassin’s Creed : Rogue.

Assassin’s Creed : Rogue ini bakal mengambil latar masa sekitar pertengahan abad ke-18, dimana pemain akan mengawal watak Templar, Shay Patrick Cormac dalam memerangi pembunuh upahan. Seperti permainan sebelum ini, pemain akan melalui pelbagai latar tempat, termasuk di darat dan juga laut.

Permainan ini dijangka hadir ke konsol Xbox 360 dan PlayStation 3 terlebih dahulu – iaitu pada 11 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd