Apple Dikatakan Menjadualkan Acara Pengumuman iPhone Generasi Baru Pada 9 September

Apple Dikatakan Menjadualkan Acara Pengumuman iPhone Generasi Baru Pada 9 September

Diterbitkan pada Ogos 6, 2014 oleh .

Pihak Re/Code (sebelum ini di AllThingsD) telah beberapa kali berkongsi mengenai tarikh pengumuman iPhone baru sebelum pihak Apple berkongsi mengenainya. Kini, bercakap mengenai iPhone generasi seterusnya, ia dilihat pihak Apple menjadualkan acara mereka pada 9 September kelak (waktu Malaysia 10 September).

Mengikut spekulasi sebelum ini, Apple dikatakan akan hadir dengan dua iPhone baru, satu bersaiz 4.7-inci dan satu lagi bersaiz 5.5-inci. Kedua-duanya dilihat akan menjalankan cip pemprosesan A8, disamping turut menyertakan sistem operasi iOS 8 bersama-sama dengannya.

Bulan September juga turut akan memperlihatkan beberapa produk lain turut diumumkan daripada pengeluar peranti lain, termasuk Xperia Z3 daripada pihak Sony, dan juga Galaxy Note 4 daripada pihak Samsung.


TIPS & ULASAN