Lenovo Memperkenalkan Vibe Z2 Pro – Phablet Dengan Skrin 6-inci, Kamera 16-MP

Lenovo Memperkenalkan Vibe Z2 Pro – Phablet Dengan Skrin 6-inci, Kamera 16-MP

Diterbitkan pada Ogos 6, 2014 oleh .

Bercakap mengenai peranti mudah-alih, jenama Lenovo merupakan salah satu yang hangat diperkatakan dikalangan pengguna tempatan sejak setahun dua ini. Kini, hari ini, Lenovo menambah satu lagi portfolio baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai Lenovo VIBE Z2 Pro.

Lenovo Vibe Z2 Pro

Lenovo Vibe Z2 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 2K. Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terkini, iaitu Snapdragon 801 2.5Ghz, memori sebanyak 3GB RAM, serta dilengkapi dengan sokongan 4G LTE.

Pihak Lenovo juga turut dilihat memfokuskan kepada bahagian rakaman gambar, dimana melalui kamera 16-megapixel, Lenovo VIBE Z2 Pro menawarkan sokongan OIS dan juga rakaman video 4K.

Peranti ini turut hadir dengan rekaan kerangka yang tidak boleh ditanggalkan, serta memberikan beberapa ciri-ciri premium pada rekaan kerangkanya. Untuk bahagian sistem operasi, Lenovo VIBE Z2 Pro dilengkapi Android 4.4 KitKat dan menggunakan antaramuka khusus dinamakan Vibe UI 2.0.

Lenovo VIBE Z2 Pro ini dijangka akan dipasarkan bermula bulan September kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN