Samsung Unpacked Dijadualkan Pada 3 September – Galaxy Note 4 Akan Datang

Samsung Unpacked Dijadualkan Pada 3 September – Galaxy Note 4 Akan Datang

Diterbitkan pada Ogos 6, 2014 oleh .

Samsung hari ini melalui laman rasmi mereka telah mengumumkan yang mana mereka menjadualkan acara Samsung Unpacked 2014 Episode 2 pada 3 September ini, selain memperlihatkan petanda untuk Galaxy Note 4 diperkenalkan pada tarikh berkenaan.

Acara tersebut bakal diadakan di tiga lokasi pada waktu yang sama, iaitu di Berlin, Beijing dan juga New York.

Sebelum ini, pada acara pelancaran Unpacked 2013 Episode 2, pihak Samsung telah memperkenalkan Galaxy Note 3 dan juga Galaxy Gear.

Samsung Unpacked 2014

Mengikut spekulasi awal untuk tahun ini, Samsung diangka akan memperkenalkan Galaxy Note 4, selain turut hadir dengan peranti berasaskan VR mereka tersendiri, dinamakan sebagai Gear VR. Mungkin juga pihak Samsung mempunyai beberapa kejutan lain pada acara yang sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 3 September ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Samsung secara rasminya.


TIPS & ULASAN