Asus Zenfone 4 (A450CG) Hadir Dengan Skrin 4.5-inci, Kamera 8MP PixelMaster – Berharga RM369

Asus Zenfone 4 (A450CG) Hadir Dengan Skrin 4.5-inci, Kamera 8MP PixelMaster – Berharga RM369

Diterbitkan pada Ogos 6, 2014 oleh .

Asus Zenfone 4Asus Malaysia hari ini melalui laman Facebook mereka berkongsi yang mana variasi baru Asus Zenfone 4 kini ditawarkan di Malaysia dengan penambah-baikkan pada bahagian kamera dan saiz skrin sedikit besar.

Berbanding hanya kamera 5-megapixel pada versi lama, Asus Zenfone 4 (A450CG) kini hadir dengan kamera 8-megapixel yang turut dilengkapi dengan teknologi PixelMaster. Saiz skrin turut dibesarkan sikit, dimana kini ia hadir dengan skrin TFT LED bersaiz 4.5-inci.

Spesifikasi lain masih kekal sama, iaitu menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2520 1.2GHz, storan terbina 8GB, memori sebanyak 1GB RAM dan sokongan dwi-SIM. Peranti ini turut hadir dengan Android 4.4 KitKat dan juga antaramuka ZenUI.

Berbanding sebelumnya, ia dijual pada harga sedikit tinggi, iaitu pada harga RM369, dan boleh didapati dalam warna biru, putih dan juga hitam.


TIPS & ULASAN