Cari @ Amanz

Dengan pelbagai variasi permainan Angry Birds, kini mereka turut hadir dengan sebuah lagi permainan baru memfokuskan kepada watak perempuan yang dinamakan sebagai Stella.

Angry Birds Stella

Angry Birds Stella ini dilihat akan membawakan cara permainan yang menyerupai permainan Angry Birds asal, tetapi hadir dengan beberapa kawalan dan kuasa tambahan – menjadikan permainan berkenaan lebih menarik.

Selain daripada permainan, pihak Rovio juga bakal hadir dengan siri-TV tersendiri untuk permainan berkenaan.

Angry Birds Stella ini dijangka hadir ke pelbagai platform mudah-alih utama pada 4 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd